Saturday, November 29, 2014

Bersua Tersua Mensua lagiiii

Assalamualaikum w.b.t.

Wahhhhh lamanya aku tinggalkan blog aku ni. Kesian dia kurang kasih sayang daripada aku. haha... Btw, ada ke yang masih ingat aku? hahah bajet pemes.ah blahhhh lela blahhhh  Rasa macam kekok nak menaip. Skill mengayat menjiwang mengutukkk menaip bercerita dalam blog macam dah hilang. Hahhhhh nampak tak memang tinggal terus kan..

Okay.. kali ni nak cerita sikit pasal diri aku. walaupun takda sape sape request. atau takde sape pun yang nak baca. atau yang baca ni memang dah kenal aku dah tak payah nak intro bagai kan. haa panjang lak. Sekarang ni aku tengah melanjutkan pelajaran. Kat mana? Cer teka cerrr teka... hahhh tak payah nak teka sangat  haaa...takda la pandai sangat. Aku study kat KUISAS je. Apa KUISAS tu? ha nama panjang dia Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak. Apa? Ustazah? Kau jangan berani nak panggil aku ustazah. Aku ilmu kat perut pun tak penuh lagi. Ambil Diploma Business Administration. Sem 3 dah aku sekarang. Sebelum masuk Kuisas ni, aku study kat UIC, Melaka dulu. Apa UIC tu? hahhhh bukan u bende pun. Itu Unifield International College. Sekejap je kat sana. 3 bulan. Ambil CFP, Certificated Foundation Programme. Melaka, jauh... Waktu tu bercinta. Pakwe kat Ipoh. Payah nak jumpa. Aku jarang balik. kahkah sape percaya memang dia kencing berlari. Takda makna. Dah memang tertulis kot aku masuk Kuisas. haha. Alhamdulillah ye kawan kawan. emmm... Setakat ni jelah dulu. Nanti bila bila aku update lagi. Itu pun kalau ingat lagi password. ni pun tadi sikit punya payah nak ingat balik. Okay chawww..

Monday, December 31, 2012

Reunion SKPP.

Assalamualaikum. Okay. Dah lama tak bercerita. Kelmarin (29 Dis 2012) aku join reunion sekolah lama aku, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh. 5 tahun dah meninggalkan sekolah tu. Reunion semalam adalah reunion yang kedua. Kali ni nak kata ramai,takdalah ramai mana. Tapi boleh tahan lah kecohnya. Aku tak ingat berapa orang. Besar dah diorang. Aku teruja jumpa Nana, Amin, Adhwa, Razi. Masa sekolah rendah dulu boleh tahan ngam le dengan diorang ni. Yang lain pun ada. Fyna,Ana,Acap,Idwan,Syazwan,Fitri,Izzul. Perempuan tak ramai. :'( Tapi masa tengah jalan-jalan tu terserempaklah dengan dua-tiga orang yang tengah kerja kat situ. Opss..lupa pula. Kami ber-reunion kat Aeon St18. *situ je yang dekat*. Terserempak dengan Natasha,Shahril Imran. Baik kan diorang kerja. haha. Mula-mula lepak Wendy's. Lepas tu merayap entah ke mana. Fyna dah balik awal. Pastu Ana pulak balik. Tinggal aku dengan Nana je perempuan. Nana dah sah-sah jalan dengan buah hati dia,Acap. Takpalah paham. xD .Aku pun cepat2 la cop Amin. wakakaka... Amin ni masa sekolah rendah rajin bagi aku resepi kek. Haha. Aku suka buat kek sebab dorongan daripada dia lah. =D  Lepas jalan-jalan, semua yang tinggal setuju nak tengok wayang. Mula-mula Amin takmahu join. Lepas didesak dan diugut bunuh oleh aku (*k tipu*), dia pun bersetuju. Ramai nak tengok CZ12. Tapi disebabkan si Idwan dah tengok cerita tu..*actually semua cerita dia dah tengok* =.=  Kami pun setujulah tengok cerita animasi (*skema gila ayat*) YAK: THE GIANT KING. Ni aku cerita sikit pasal Yak ni. Setakat yang aku paham la.
Cerita ni pasal robot. Hanuman dan Tosakan ni musuh. Hanuman robot kecil yang ditugaskan untuk menghapuskan Tosakan,robot gergasi yang jahat. Diorang masing-masing dah lupa ingatan masa tersedar semula. Sedar-sedar je diorang dah terikat dengan 1 rantai besi. Sebab diorang taktahu asal-usul diorang sendiri, diorang dah jadi kawan baik. Akhirnya diorang dah ingat balik. Pastu apa lagi, pergilah tengok sendiri. Malas aku nak cerita kat sini. HAHA. Actually aku nak cakap, first time tengok Hanuman tu, aku terus teringat Razi. Muka dia macam Razi weyh. Kahkahkah. Tapi comel lah kan benda tu. xD.
Okay. Lepas tengok wayang,budak laki cakap nak pergi Botani. Aku tak join sebab aku takda transport nak pergi sana. Lastly yang tinggal cuma aku,Amin,Acap and Nana. Haaa... Merayap la kitorang. Tak larat dah aku. Bukan apa.. Tak larat sebab asyik gelak je. Amin kelakar dah sekarang ni. Yela,besar dah kan. bhahha.. Dah la. Banyak sangat dah aku taip ni. Cukuplah sampai sini. Nah gambar yang sempat aku ambil.

Acap baru sampai.


The Heroes of 6 Bestari 2007.

Inilah Razi. Muka macam Hanuman kan? hihi..

Yang kanan tu Ana. Yang kiri tu taktahu siapa.HAHA. Fitri k.

From left: Idwan,Razi,Adhwa,Amin. *Adhwa,mengapa kau sebegitu rupa gayanya?* :3

Amin. Sedang menjayakan pementasan teater Akulah Penjual Budu. K gurau Min gurau.

Err... Idwan ni kadang-kadang macam gayboy pun ada aku tengok. Kesian Amin woi. xD

Tudiaaaa.

Okay mereka comel.



Okay..cukuplah gambar tu. Gambar ada yang tak elok. haihh..jadilah. Kenangan. haha.

Sampai sini je. Minta maaf kalau ayat aku ada yang terbuat korang terasa. Peace yaww..
Tata.

Tuesday, December 11, 2012

Aku Kembali!

Assalamualaikum wbt.

Baca dah tajuk tu? Kemainnn beria bukan? muahahaha...

Uihhh....lama sangat dah aku tak update blog aku ni. Dah macam rumah tinggal haaa..habuk tebal. Mak Temah dan Pak Meon yang aku upah suruh bersihkan rumah ni tak buat kerja gamaknya. Makan gaji buta je ! *tiba2 membebel keluarkan ayat drama.=,=''* Okay abaikan.

Actually,sepanjang tahun ni aku takda nafsu langsung nak update blog ni. Kalau ada pun,mungkin waktu tu aku tengah rajin.. Maklum arhh..guwa calon SPM 2012 sebelum ni. *arghh..aku tak update pun bukannya aku tumpu belajar. eiiy mengada.*

Sepanjang tahun 2012 ni, banyak suka duka yang aku lalui. Mana yang negatif,jadi positif. Pasal aku dan kawan2 la. Dulu tak rapat, sekarang rapat. Dulu dah macam musuh tradisi,masuk form 5 jadi baik. harharhar.. Rasa macam tak matang betul dulu. *sekarang pun 2x5 jeh.*
banyak sejarahnya 2012 ni. Senior la katakan. 'Tahun Tunjuk Taring'. *adik2,jangan contohi kami..eh bukan. Jangan contohi guwa..

Sampai sini dulu. Nanti guwa update lagi.(sementara ada lappy ni..harhar) Tata.

Saturday, May 26, 2012

TUTORIAL : Download lagu dari Youtube.

Assalamualaikum.
Lama dah aku tak update blog ni kan. *Setiap kali post aku cakap cenggini*
okay. Takmau cakap panjang. Korang mesti suka dengar lagu kan. dengar pulak kat Youtube. Lepas tu nak download. Nak download kat 4shared leceh kan. Taktau nak download kat mana lagi kan. Nak download dari youtube terus pun taktau kan. Haa...korang sekarang boleh tahu dah macam mana nak download lagu terus dari Youtube. =) Ikut step guwa yang kat bawah ni :

1) Buka Youtube. Cari lagu apa yang korang nak. Lepas tu copy URL lagu tu. (*jangan cakap korang taktau apa itu 'URL'.hihii)

Contoh

 2) Lepas tu, open a new tab. Taip http://www.flvto.com ni. Tak pun klik je terus kat SINI nanti keluar macam dalam gambar ni :


3) Paste URL yang korang copy tadi kat dalam petak tu.
4) Lepas tu klik CONVERT TO MP3 tu.
5) Then, klik DOWNLOAD.
6) Save file.
7) Tunggu beberapa minit.
8) Siap.

Haa....guwa dah terang satu-satu step nya. Kalau tak faham lagi, bagitau guwa. =D
Selamat mencuba naa.... hihi..
Jadi ke tak,bagitau guwa. =)

Wednesday, March 14, 2012

Antara Manusia, Malaikat & Syaitan.

Manusia - eh,subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz 

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

Monday, December 19, 2011

Biar Betik~

Assalamualaikum....

cuti kali ni aku ikut family pergi holiday...
dekat je.. Riau, Indonesia... i tak kaya macam uollssss~

elok dalam perjalanan pergi mana entah..tiba2 ternampak situasi ni...cepat-cepat aku snap..



1st time woo aku tengok...apa ke pelik benar cara dia bawa papan tu.. ==''

apa-apa pun... memang terbaek la... slamber je muka dia aku tengok masa dia bawa papan tu..dah biasa la tuh.. o.O

Tuesday, November 8, 2011

I'll Pray For All Of You !

Assalamualaikum....

okay..SPM 2011 dah nak dekat... 14 November 2011 ... *takutnya..takutnya* aku pulak cuak kan...kesah pulak... =D
malas cerita panjang.... Dengan ini saya, Nurul Laila Binti Abdul Fattah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kawan-kawan saya yang merupakan calon SPM 2011 *ayat takda yang lagi skema dah* >,<


Muhd Waqie aka Along.
hensem tak... xD *apsal aku tak pernah tau gambar ni wujud*
Goodluck deduck for ur SPM ye Along..HAHA


Haikal Ibnu Haruddin
Kawan yang sentiasa membantu. Senang bekerjasama dengan kau Kal. =)
Terima Kasih.
Goodluck!

Azharul Hazizi aka 'Abang Kita' ..ngahah
Nak try dia? kau tak nampak yang sebelah tu?hihikk..
Tak sampai setahun aku kawan dengan kau..*nada sedih..haha..cer tampar aku laju2*
Semoga berjaya.. =D


Haa..ni dia abang2 HOT sekolah.. =D
Mohamad Nazmi, Mohamed Hanafi & Farhan Norhisham..
korang HOT tu HOT juga.. SPM jangan lupa.. =P
Buat yang terbaik...

Mohamad Ridzuan.
dia ni......aku no comment la..haha..baru kenal tahun ni.. =)
chaiyokkk!! =P

5 Science 1. =)
Semoga Maju Jaya..ahah

Erm..kalau nak aku senaraikan seorang2, sampai esok pun tak habis..huhu..
5 Science 1, 5 Science 2, 5 Science 3, 5 Teknik 1, 5 Teknik 2, 5 MPV, 5 K...
hope korang buat yang terbaik ek... ^_^
tata abang2 ku~ byebye kakakku~ uwuwuwuuu....
I'll pray for all of you.. =)
terima kasih sudi buang masa baca entri ni..hihikk.. =)
tata..
*gambar tak keluar.sebab 'sumber' gambar dah takda.mohon maaf.